#OurStory Perangai diaa...!!


salam sejahtera semua,

Entry kali ini, aku nak memperkenalkan segment "OurStory" haha mohon la muntah kalau perlu yer.
malam ni sumpah bosan plus lagi rindu yang membuak-buak ibarat buih-buih cinta, wah gitu! kau mampu nak ada buih-buih macam aku? orang yang angau bercinta pestime pun kalah kau tau! so bila bosan-bosan macam ni baru la aku mula terkenangkan blog aku yang telah turun pangkat menjadi laki ke-4 aku :) steady gila ar kalau boleh kahwin 4 kan ? bukan berpoligami lagi, bergami-gami aku bagi. hihihik.. mampos aku kalau laki aku baca, erk.

aku teringat dulu tau, aku tanya soalan bonus kat Mr.Azim, aku pun yang banggang sangat pi tanya soalan kat dia buat apa. dia ni bukan boleh kalau kita nak tanya soalan, ada aja jawapanya. kadang-kadang kalau ada persoalan diminda baik aku telan je kat leher walaupun pahit, sebab lagi pahit rasanya kalau dia bagi jawapan kat soalan kau tu, saje nak hendik aku.. pantang ada change sikit!

aku pun tanyalah soalan bodoh aku tadi tu kan, aku tanya ar
"sayang, pehal erk pompuan xboleh nak kahwin 4kali? Unfair tau! i kan kalau boleh kahwin 4 sayang, i bagi you 5,6 lagi tau. ala.. kira bonus ar untuk you. bukan senang nak dapat madu-maduan ni.."
tak habis soalan aku lagi, aku dah kena bantai.. bantai bukan kena belasah tau ! haha mahu nanti korang buat report, jadi janda aku. mak x sanggup! dia bantai aku dengan kata-kata dia ar apa lagi. MakAiih nak cakap mulut aku ni puaka ? hah tu.. mulut dia mak puaka ! kau mampu!!

dia cakap "awak, kalau perempuan kahwin 4, nanti mengandung macam mana nak tahu sape bapak dia? lagi satu.. nak poligami ? mai sini.. i origami you !!" habis aku kena cubitan jantan. xde la sakit mana pun tapi bila dia dah sengat kat kulit mulus macam aku ni.. Ofcuz sakit okay !

Mr.Azim ni kadang-kadang ada juga tau kesengalan dia yang amat terserlah, lagi-lagi bab Masuk Air
bagi sesiapa yang tak faham erti kata masuk air. tolong la. please okay, jangan fikir yang bukan bukan. 
Mr.Azim ni kalau masuk air, weii kau la juara sayangku, aku kadang-kadang siap surrender  sampai tahap nak melutut lapanpuluh kali kau tau ! harap-harap lah kalau aku ada anak satu hari nanti. janganlah ambil perangai dia ni, kesian Bakal menantu aku. over gitu bakal menantu okay !

lagi satu perangai dia yang buat wa panasssss!!
ni memang tak boleh bawak bincang tau, kalau dengan perangai sengal dia tu. aku boleh terima lagi tau. ni dah la tak romantik lepas tu xreti nak pujuk aku time-time aku nak tunjuk la manja aku ni nak merajuk !
kepunan la kau nak tunggu dia pujuk. sumpah xdenyer,, aku ni kena tabah je dengan dia. kadang-kadang nak hadiahkan dia siku ! tapi sebab sayang. nak buat macam mana. risiko bercinta dengan lelaki takde perasaan. takde perasaan bukan bermaksud aku boleh suka-suka nak luka kan dia. dia kalau merajuk. ! melampau. aku yang kena pujuk-pujuk dia.. apa dunia sudah terbalik ? patut dia tau pujuk aku. ni tak ! aku yang kena pujuk diri sendiri ! mana tak nyer, bila merajuk tu, kompem-kompem la kita marah-marah kan
takde maknanya aku nak marah-marah. habis aku yang kena sembur balik, nak tak nak nangis sorang-sorang.. pujuk diri sendiri dulu. lepastu kena cakap elok-elok kat dia.. baru la dia pujuk-pujuk.. itu pun sikit je tau..

tapi apa yang aku suka pasal Mr Azim aku ni. dia ni kalau aku buat salah, setiap kalai aku nak minta maaf kat dia ni, dia cepat je maafkan aku
tapi xbermakna aku boleh suka-suka hati ambil kesempatan atas kebaikan dia. aku bersyukur dapat lelaki yang baik, kalau boleh biarlah kekal, 

apa yang penting dalam sesebuah Hubungan ni. kita harus mengamalkan nilai-nilai murni

-toleransi
-tolak ansur
-sayang menyayangi
-rasional 
-hormat menghormati

tanpa semua diatas tu maka sulitnya untuk kita menegakkan apa yang telah dibina,
macam aku dengan Mr Azim, ego kitaorang perrrhh kalah semua orang. tapi kadang-kadang aku kena mengalah lah juga, xkan all the time aku kena menang kan ? aku bukan Queen Control, yucks !

apa-apa pun kepada pasangan yang di luar sana aku doakan korang bahagia, cepat-cepat kahwin kalau ada rezeki :) 
semua orang ingin mencintai dan dicintai, sebab kita telah dikurniakan perasaan cinta dan akal fikiran yang membezakan antara kita dan binatang yang ada otak juga.
selagi kita mampu mencintai dan dicintai maka jangan la kita sia-sia kan kehidupan yang kita bina ber Dekad-dekad ni.
Bak kata Nora danish
"HIDUP INI CUMA SEKALI, SO.. KITA ENJOY"

terima-kasih daun keladi
diharap datang lagi
terima kasih sebab sudi singgah di blog usang ini dan sudi baca entry saya. teruskan membaca :)

♥♥Much love : Quee Radius





0 reply sini:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...