#004 - Top 3 soalan favourite Mr Azim

 soalan kegemaran dia! 

Alahai, malam ni tak boleh tidur lagi. Teringat kat Mr Azim. Apa dia tengah buat? Dah makan ke belum ? Dah tidur ke belum ?

(bab makan tu aku pretty sure confirm dah! sebab dia ni pantang lapar.. hahaks over tau)

So aku pun tiba-tibalah nak meng'Update blog usang ni. well aku ni nak tanyalah kan! Lelaki memang banyak soal er? yela maksud aku "suami masa depan" or dah jadi suami memang banyak SOALAN FAVOURITE ?

Macam Mr Azim ni. soalan dia setiap minggu berulang. ala-ala mesin ulang suara.
hahaha..
aku bukan tak nak jawab. kadang-kadang aku tau dia dah tau jawapan aku. lagi mau tanya ka ??



Top 3 soalan favourite Mr Azim 

pertama

 kalau time zaman sekolah dulu kita satu sekolah, agak-agak you pandang i tak ? you jatuh cinta kat i tak ?

JAWAPAN dalam hati: alahai laki ku.. hello aku ni hotsetaaaf ! harus dan semestinya you la kena takle i kalau kita satu sekolah. takde keje nak ngorat anak orang !
JAWAPAN yang keluar dari mulut: mesti la sayang. kalau sekarang pun kita dilamun cinta ini kan zaman sekolah. errgh tapi depending juga on your attitude, kalau zaman sekolah kaki kipas cikgu..Haprak ! im so sorry :)

kedua

sayang, macam mana you boleh jatuh cinta kat i erk ?

(to be honest la kan ! memang aku yang gedik kat mamat ni time first time nampak dia. aku yang tengah mengelabah tu takde idea macam mana nak bercakap dengan dia. punya main ramai kawan aku kat sana. semua aku IN. dengan mamat ni sorang je aku takde idea nak cakap. menyusun ayat gelabah. tanya soalan bodoh kat dia yang dia ni pun buat derrr kat aku. bila aku bercakap tengok lantai. MENYAMPAH okay MEN-YAM-PAH ! :P takpe nanti kita cerita detail kat entry lain)

JAWAPAN dalam hati: eleh, macam aku syok sangat kat dia. untunglah aku yang cantik ni dah suka kat kau. banyak bunyi pla ! dah tu kena ulang seribu juta kali = sebillion OKAY! 
JAWAPAN yang keluar dari mulut: sayang dah cupids tu tembak i dulu. mestilah i jatuh cinta pandang pertama kat you. notice awak time kat bawah stage tu lagi tau. tengok je awak.. tapi awak lansung xlayan or pandang i. sedih (lepastu mula lah sesi dia pujuk aku..dan seterusnya ? haha tu pun nak kena tulis ker? sebok la korang)

ketiga

sayang apa yang you suka pasal i ?

JAWAPAN dalam hati: errrghh.. apa aku nak cakap ni ? balun jelaaa...

JAWAPAN yang keluar dari mulut: sayang there's no reason why i love you. you're the reason why :) 

Hahaha.. boleh tahan juga aku berkata-kata kan ? tapi sumpah weeii.. apa yang aku cakap kat laki aku tu semua jujur. apa yang aku cakap keluar dari mulut mahupun yang dihati, tidak sesekali aku mendustai dirinya.
cehwah ! kau ada? 

okaylah aku pun nak tidur dah ni. dok update sampai tak ingat dunia. tengok tengok dah pukul 1. mampus aku kalau laki aku tahu. xpasal-pasal dapat ceramah free "sudah cukup-cukup sudah" haha dapat ceramah sebab aku kaki Keek and berfacebook 24jam. selagi mata aku belum tertutup selagi itu aku depan Facebook. masak ke, basuh pinggan ke, tengok t.v ke. dating ke. Facebook senentiasa ada di sisi ku.. sebab tu kena sound setepek kat muka aku.

AHAKS padan muka aku kan

ni kalau dia tahu aktiviti terkini bini dia ni !
habis aku di kerja kan berfacebook satu hal. sekarang aku dah berWeChat la sangat. 

haritu aku menyuarakan pendapat ku. nak BB :P 

Me: darling. i rasa kan.. i nak beli Blackberry la. okay x?

hubby: buat pe? xpayah laa. 

Me: ala.. saje je nak ada BB juga. kesian i

Hubby: dah la you sayang.baru beli iphone. IP you tu pun you xlaunch lagi kan ? nanti ramai la orang mengatal nak BBpin. sekarang xde BB pun i nampak dorang dok minta-minta BBpin.

(nampak tak stalker juga laki aku ni )

yela bang.. taknak bagi dah la.. jangan lah kau ungkit kisah silam ku.. bukan kau tidak tau. aku paling pantang kalau orang mau membasuh-basuh diriku ini.

susahkan kalau berlaki kan laki laki yang kureng bab-bab kehendak ni. kita hidup bukan untuk keperluan je. tapi kehendak pun diambil kira. kalau hidup zaman batu , aku percaya la..

okaylah. kang Mr Azim marah pula. dia tu bukan boleh tengok aku senang. saje tau dengki i bersenang lenang.
esok-esok ada anak. ingat aku ada masa untuk semua ni dengan baby kecil..huh.. "baby besar" pun nanti over juga tu.

Selamat malam semua !

♥♥Much love : Quee Radius

0 reply sini:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...