Hari Jadi Saya :)

Herm herm.. 
 Salam sejahtera semua 
apa khabar? so hari ni aku nak update pasal erk erk.. tskk ! malu la nak cakap
harini genaplah aku berusia 19tahun sehari okay !
Thanks kepada semua yang wish aku kat facebook,twitter,phone. ada yang siap call aku nyanyi-nyanyi kan
Terharu tahap nak pensan dah ni. lagi satu, thanks kat korang semua yang bagi hadiah, walaupun ada hadiah yang kena poslaju seminggu sebelum ! kelas kau jah!! tapi takbernama, apa aku ni masih laku untuk ada admired ? auwwm ! 
tapi setiap kali birthday ni terasa diri ini kian tua, tapi apakan daya aku cumalah manusia biasakan? dah lumrah kehidupan. semakin hari selangkah kita ke garisan penamat kehidupan
jadi.. selagi aku masih bisa bernafas dan melihat, kelas kau bisa okay !
aku akan menikmati kehidupanku. wah gitu!

Berbalik kepada topik tadi,

 ♥ Happy birthday to my self 
sedihnya wish untuk diri sendiri tsk T.T 
sebenarnya aku mood agak macam kucing kat atas tu semalam, mana taknyer aku siap warning kat mak aku. xnak la celebrate birthday tahun ni. ditipunya aku hidup hidup
 tahu la aku ni anak kesayangan kan -.-'

so nak tak nak, kena la jaga hati mereka  
hehe.. *nak pauw kereta kan *
aku pun pi lah beli cake untuk diri sendiri, itu sedih!
hah sape suruh aku belik cake sendiri kan ?? 
(nanti next entry aku up gambar naa)
mak aku cakap nak buat makan-makan untuk orang rumah je, so sekali lagi aku ditipu
mennnciikk tau buat i macam ni,*bunyi gedik sikit, tsk! pls lempang kalau perlu!

awal pagi lagi mak aku dah kejutkan dari mimpi indah suruh p jogging, buang lemak katanya -.-'
macamlah aku ni berlemak sangat sampai mak aku cakap jangan jadi Penternak lemak yang berjaya
itu sumpah aku sentap tahap gaban kau tau !
mana taknyer, dah la birthday girl, nak main perli-perli pula. aku  pula jenis moody kalau lapar, haha
so aku pun bersiap sedia untuk membakar lemak, 2jam sahaja bertahan jogging, kemudian aku pun teman mak aku pi pasar basah. nampak tak aku ni boleh dibuat bini ? 
aku mulai meragui gerak-geri mak aku.. pehal beli makanan macam bekalan untuk darurat.. beli barang kat supermarket pun lebih 4ratus, beli ayam berkilo-kilo, daging lembu berkilo-kilo.
tapi aku tak tanya apa2 pula.. lepas dari shopping barang dapur tu. kitaorang pun singgah minum, dahaga okay! 

masa nak otw balik tu, mak aku suruh singgah tempat bakery yang aku booked cake tu.
dan-dan aku balik, rumah kemas gila -.-' pehal korang?
tengahari tu aku tolong mak aku kat dapur.
memang aku anak mithali kan ? anak sape la ni :P
time masak masak tu, phone mak aku berdering, wah berdering gitu.. haha
mak aku cakap sorok-sorok,
arrrrrh.. takde maknanya sorok-menyorok dengan aku.. aku p kat sebelah mak aku.. letak telinga kat belakang phone dia

treekk.. treeekk Treeeeeeekkk!!

kantoii, Ternyata dia menjemput uncles and aunties kuu... omaigad
aku pun masam muka, masuk bilik, nak tidur
bhahaha, cara tacing tu overrrr kau!

in the end,
aku give up. aku keluar dari bilik, nak buat macam mana kan ? dah mak aku jemput orang
*bersambung di entry seterusnya


terima-kasih daun keladi
diharap datang lagi
terima kasih sebab sudi singgah di blog usang ini dan sudi baca entry saya. teruskan membaca :)

♥♥Much love : Quee Radius



0 reply sini:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...